BATU MELINTANG
Pn.X, guru di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang – Melalui program ini, saya dapat mengenal pasti pelajar yang mengikuti Program Darul Falah kerana golongan ini lebih semangat dan sangat aktif sepanjang pembelajaran dijalankan. Mereka juga suka menjawab setiap soalan yang saya ajukan. Saya sangat suka melihat perkembangan ini.
Nasreen, pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Melintang – Saya telah Berjaya meningkatkan prestasi dalam matapelajan Bahasa Inggeris daripada 70% kepada 90%.
Nabilah, pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Melintang – Pada mulanya saya agak malu untuk melibatkan diri dengan rakan-rakan yang lain kerana saya malu apabila ramai orang memberikan perhatian kepada saya tetapi setelah beberapa minggu saya, saya mula berani, yakin dan seronok terutamanya apabila membuat aktiviti “Happy Day”.Sekarang ini, kalau kakak-kakak dan abang-abang suruh saya naik ke atas pentas, saya dah tak malu lagi.
Puan Ma, Pengusaha Kantin Sekolah Batu Melintang – Cucu saya sangat gembira kerana telah terpilih untuk menyertai program ini. Jika tidak dapat pergi walaupun untuk satu hari ke program ini, dia akan menangis.
BUKIT JERING
Puteri, pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jering – Saya telah lulus matapelajaran Bahasa Inggeris. Jika sebelum ini saya selalu gagal, selepas mengikuti program ini saya berjaya meningkatkan prestasi dalam Bahasa Inggeris.
Aiman, pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jering – Pada mulanya program ini nampak membosankan, tapi semakin lama semakin seronok. Saya rasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan abang-abang dan kakak-kakak serta belajar dengan mereka.
Ibu Puteri, ibu kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jering – Anak saya seorang yang lemah dalam Bahasa Inggeris. Dia juga agak takut untuk bercakap di khalayak ramai. Namun pada hari persembahan, saya amat terkejut melihat Puteri dan adiknya membuat satu persembahan, nyanyian lagu Cina. Ternyata program ini dapat membantu anak-anak bukan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris sahaja tetapi amat memberi kesan dalam membina keyakinan diri.
Encik Fauzi, Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Jering – Setiap minggu kehadiran pelajar amat memberangsangkan. Walaupun program ini diadakan pada hujung minggu, tetapi sambutan amat menggalakkan. Pelajar tidak pernah mengeluh untuk datang ke sekolah tujuh hari seminggu, malah tidak sabar untuk berjumpa dengan jurulatih EMPOWER. Program ini juga amat sesuai untuk menggalakkan mereka bertutur menggunakan Bahasa Inggeris.
JELI (2)
Pn.X daripada Sekolah Kebangsaan Jeli2 – Program ini ternyata sangat mengubah anak saya daripada segi pemikiran dan kreativiti. Saya amat berterima kasih kerana melibatkan anak saya dalam program yang sangat bermanfaat ini.
Iskandar, pelajar Sekolah Kebangsaan Jeli (2) – Selepas mengikuti program ini, saya lebih bersemangat untuk mempelajari subjek Bahasa Inggeris dan saya juga sangat menyukai program ini kerana pelbagai aktiviti telah dijalankan.
Pn.Y, Guru Sekolah Kebangsaan Jeli (2) – Pelajar memberitahu bahawa mereka tidak sabar untuk menunggu hujung minggu bagi menghadiri program DEEP Empower. Pelajar juga menyatakan bahawa mereka berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini dan para pelatih juga menunjukkan sikap yang baik terhadap mereka.
En.Z, bapa pelajar Sekolah Kebangsaan Jeli (2) – Anak saya baru pulang dari Terengganu kerana menziarahi datuknya pada pukul 4 petang tetapi sebaik tiba di rumah, anak saya terus bergegas ke sekolah untuk menghadiri program yang hanya berbaki tidak kurang dari sejam kerana dia sangat teruja dengan program ini.
DARUL FALAH
Syed Syarifuddin, pelajar Pusat Tuisyen Darul Falah – Saya suka program ini sebab boleh kenal ramai kawan. Boleh tingkatkan confident diri. Sekarang ini saya mampu bercakap di khayalak ramai dan masuk choral speaking. kakak-kakak dan abang-abang sangat baik dalam membantu saya.
Tuan Hj Nor, penyelia Pusat Tuisyen Darul Falah – Saya melihat jurulatih sangat berpengalaman dan saya lebih gembira bila melihat jurulatih yang masih muda lebih berani menonjolkan diri. Congratulation, senior trainers for have confident to all junior trainers handling this program. Saya harap program ini diadakan lagi pada masa hadapan.
Pn.Y daripada Pusat Tuisyen Darul Falah – Saya dapat melihat perubahan daripada anak saya selepas solat subuh, dia tidak mahu tidur semula kerana terlalu teruja ingin pergi ke Program Darul Falah. Dulu, saya menetap di Kuala Lumpur, apabila saya berpindah ke Jeli, Kelantan, saya sangat risau akan prestasi Bahasa Inggeris anak saya. Dengan adanya program ini saya yakin anak saya dapat meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.