PROGRAM MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS & SAHSIAH DARUL FALAH
DARUL FALAH ENRICHMENT AND EMPOWERMENT PROGRAM
( D.E.E.P. EMPOWER )
JELI, KELANTAN
Tarikh :
JULAI-OGOS 2016
Lokasi :
Jeli, Kelantan
Anjuran :
– PIHAK EMPOWER ECER
– UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Falsafah Pendidikan Negara menekankan kepada keseimbangan pelajar daripada segi emosi, sahsiah dan intelektual. Menyahut seruan ini, pihak Universiti Malaysia Kelantan telah menubuhkan Program Memperkasakan Bahasa Dan Sahsiah Darul Falah atau Darul Falah Enrichment and Empowerment Program ( D.E.E.P. EMPOWER). Program ini telah dilaksanakan di 4 lokasi berbeza yang bertindak sebagai pusat iaitu Pusat Tuisyen Darul Falah, SK Batu Melintang, SK Bukit Jering dan SK Jeli 2. Seramai 450 pelajar telah dipilih oleh pihak sekolah yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5. Adalah diharapkan agar program ini dapat menyuntik semangat dan motivasi untuk persediaan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan datang.
OBJEKTIF PROGRAM :
⦁ Memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
- Membina keyakinan para pelajar untuk membuat persembahan di
hadapan khalayak ramai.